ASSALAMUALAIKUM

WELCOME TO MY HUMBLE BLOG
HOPE YOU CAN HAVE SOME USEFUL INFO HERE
:D

Thursday 8 March 2012

LAMBORGHINI AVENTADOR J



Model yang paling baru Lamborghini keluarkan masa Geneva Motorshow 2012 baru-baru ni. Menggunakan asas dari model Aventador dan buang cermin depan ngan bumbung dia dan jadilah....Henshin!!! Aventador J. J tu dari perkataan JOTA tapi nak nyebutnye YOH-TAH sebab ni dari bahasa Itali. Maksud dia korang google sendiri la ye.

Secara keseluruhan si Aventador J (simplekan letak nama J je la) ni masih kekalkan enjin V12 6500cc@6.5 liter yang berkuasa sebanyak hampir 700 ekor kuda. Menggunakan transmisi (gearbox) 7 TUJUH / SEVEN kelajuan semi-auto untuk gerakkan semua 4 tayar segenap sudut. Maksud dia camni 7speed padleshift semi-auto 4WD. Nak tukar gear macam kereta F1 tu, pedal kanan naik pedal kiri turun gear. Untuk reverse ada 1 butang reverse kat ngan handbrake.

Prestasi (Performance) dia sangat la best nye sebab dari 0 ke 100 kmh dalam 3saat je. Korang kira 1...2...3..pup kejap je da meter naik 100. Top speed dia terpaksa dikurangkan dari 350knh ke 300kmh je sebab faktor keselamatan. Yela kan kereta camni punye radikal biasanya fragile sikit sebab rangka dia dari bahan Carbon Fibre yang kalau korang nak tau carbon fibre ni lagi ringan dan kukuh dari besi biasa. Tapi kalau patah sekali tak boleh welding balik. Kene la cari lain buat ganti.


J ni memang cantik dan ganaz sangat design dia sebab pihak Lamborghini kata nak kekalkan imej maskulinity yang dah jadi tradisi diorang lebih 50 tahun. Tu yang nampak berketak-ketak je body J ni. Kalau korang nak tau pengasas asal iaitu Ferucio Lamborghini ni mula-mula jual traktor je tau. Kebetulan pulak dia ni member Enzo Ferrari (pengasas Ferrari ni) so mintak la ilmu sikit nak buat kereta. Dari situ lahir la Automobili Lamborghini SpA yang sekarang ni terletak kat St Agata, Itali.


Walaupun cantik dan radikal si J ni, cuma ada 1 SATU je model ni dan dijual pada harga USD2.75 juta dalam RM 7juta lebih je. Ni video masa pelancaran Lamborghini Aventador J dan orang hensem yang drive tu CEO Lamborghini sekarang ni, nama dia Stephan Winkelmann.

No comments:

Post a Comment