ASSALAMUALAIKUM

WELCOME TO MY HUMBLE BLOG
HOPE YOU CAN HAVE SOME USEFUL INFO HERE
:D

Wednesday 30 January 2013

Mengejar Impian Atau ...

Biasanya aku bukan suka post something kalau benda tu tak kacau sgt perjalanan hidup aku ni. Tapi semalam dok borak ngan sorang brader ni sambil layan Top Gear season baru dia ada tanye kenape x amik automotive engineering sebab dia nampak aku ni obses ngan kereta sampai spec kereta tu pon boleh bagitau detail (sape2 yg layan Top Gear tu taw la kan episode 1 Season 19 ni 1st car dia Pagani Huayra). Siap ngan jenis chasis ngan ciri-ciri bahan dia.

Ape yang dia cakap tu tiba-tiba je tembak tepat kat diri aku. Malam semalam aku menung terfikir. Betol gak ape dia cakap tu. Kat dalam hp je penuh pix kereta yang sempat snap. Rasa menyesal gak sebab masa ada peluang dulu x nak amik. Nak salahkan diri sendiri pon ada. Tapi tu la kalau ada rezeki memang nak amik balik sebab dari sekolah lagi dah obses ngan kereta.

Banyak orang cakap x payah sebab aku ni student IT. So IT ngan automotive x leh campur ke? Salah ke aku nak buat ape yang aku minat dari dulu? Bergelumang ngan kereta x kira la dari R&D ke, design ke, modification ke, sales ke or yang berkaitan.

Kenapa aku x leh masuk dunia ni? Dunia yang aku impikan dari dulu lg. Aku nak support dari orang yang aku sayang. Tapi diorang x sebab aku study IT. Aku mintak peluang kat tempat2 tertentu tapi tak dilayan sebab aku budak IT.  Aku harap saper2 yang baca ni faham ape yang aku fikirkan.

Ada aku baca n dengar "Buat apa yang kita minat, belajar apa yang kita minat tu dengan bersungguh-sungguh. Nanti kita boleh berjaya dengan apa yang kita usahakan tu."

Terpulang kat korang nak hentam aku balik kalau ada yang tak betul ke ape ke tu hak korang. Aku hormat komen n nasihat n cadangan korang tu sebagai pendorong. Yang baik aku amik yang buruk aku buang.


Thursday 6 December 2012

MODEL WANITA DENGAN KERETA. X PERLU PON

Sejak dari mula layan kereta ni x kira la yang modified ke model baru ke supercar ke memang banyak perasan yang model-model posing kat kereta sampai overshadow kereta tu sendiri.



Contoh la picx Ferrari 458 Italia ni. Kereta ni adalah antara design kereta yang paling cantik dalam masa 5 tahun ni. Kecantikan kereta ni dah di overshadow ngan model tah hape-hape ni. Tu rosak terus kalau nak snap pic. Pernah la dengar sorang member ni bagitau "A beauty of a car cannot be mix with a beauty of a woman, it will destroy the car beauty". 

So kalau boleh tolong la remove semua chicks-chicks ni dari kereta tu. Orang bisnes kata diorang guna chicks ni as a marketing strategy. Haa marketing strategy hatok dia pakai sex appeal nk lariskan produk. Kalo yg Islam wat strategy camni comform dah dosa. 

Rasanya kan ada gak yang sependapat supaya remove all the chicks dari kereta kan. Petrolhead yang real HANYA pandang kereta, bukan chicks yang dok ngada2 posing kat kereta tu. Buat sakit mata je.


kalau boleh ada la somebody yang wat kempen stop benda sia-sia ni kat dunia kereta. It all about the cars not the chicks.



Sunday 6 May 2012

SALAHKAN BUDAYA BUKAN AGAMA

Sejak dua tiga hari ni banyak sangat berita pasal kekejaman kat manusia. Macam tadi baca paper, kat area Arab pasal budak perempuan yang dipaksa kahwin ngan laki yang boleh dipanggil atok. Kalo kahwin then jaga elok-elok x pa tapi kurung pulak budak tu kat bawah umah then seksa dia lagi. Sedih x sedih ngan keadaan budak tu.

From my opinion la kan, budaya diorang yang rendahkan perempuan tu memang la teruk sangat. Thats why aku x bape suka ngan diorang neh. Aku bukan pandai agama tapi dalam Islam tu sendiri dah angkat darjat perempuan, bela nasib diorang gak kan. So bagi aku la kan, ni sebab budaya zaman jahiliah dulu da mula meresap balik dalam masyarakat moden kita skarang. Korang tengok la budaya kat tempat kita ni, ada ke jadi camtu? Sampai nak seksa anak sendiri?

Aku tengok jugak disebabkan faktor kewangan la sebab jadi benda ni. Kawinkan anak sendiri nak bayar hutang. Bukan aku x tau dalam Malaysia pon jadi benda ni. Hmm pe punye jenis mak bapak la diorang ni. Lagi teruk dari binatang.

Korang tau tak sebab benda camni la Islam ni selalu di cap as terrorist? Aku sendiri ada kawan mat saleh kristian yang dia sendiri banyak tanye aku pasal isu-isu pasal Islam. Ada aku boleh jawab n ada aku x boleh jawab. Last-last aku cakap kat dia "Its not the religion, all religion is for peace and it depends on the person itself to follow the guidance given each religion". Senyap terus dia. Aku boleh cerita kekurangan yang ada kat semua agama selain Islam tapi nak jaga friendship, aku relax.

So, nak abiskan cerita semua agama x ajar penganut dia wat jahat. Just desakan adat ngan budaya je yang watkan diorang wat jahat atas nama agama. Tu lagi teruk punye orang.

Saturday 17 March 2012

NEW PROTON?

Masa dalam perjalanan balik ke kampung biasa la ikot jalan shortcut kat Genting Sempah yang sambung ngan jalan ke Genting Highland. Masa tengah bawak moto tu tup-tup mata tertarik ngan satu kereta ni


Tah model pe yang dok balut ngan plastik hitam ni. So, ngekor la kereta tu sampai gi naik Genting Highland tu. Tengok punye tengok ni macam Proton je, nak kata Persona bukan pulak. Hmm pelik-pelik. 


Pic dari depan. Hah memang sah Proton ni. Sebab ada rupa macam Proton Tuah yang diorang tunjuk kat KLIMS 2010 dulu. Hmm harap la cantik & best la kereta baru ni. 


Proton Tuah Concept yang ada rupa macam kereta yang di spot tu. Harap camni la rupa kereta tu bila dah launch nanti.

Thursday 8 March 2012

LAMBORGHINI AVENTADOR J



Model yang paling baru Lamborghini keluarkan masa Geneva Motorshow 2012 baru-baru ni. Menggunakan asas dari model Aventador dan buang cermin depan ngan bumbung dia dan jadilah....Henshin!!! Aventador J. J tu dari perkataan JOTA tapi nak nyebutnye YOH-TAH sebab ni dari bahasa Itali. Maksud dia korang google sendiri la ye.

Secara keseluruhan si Aventador J (simplekan letak nama J je la) ni masih kekalkan enjin V12 6500cc@6.5 liter yang berkuasa sebanyak hampir 700 ekor kuda. Menggunakan transmisi (gearbox) 7 TUJUH / SEVEN kelajuan semi-auto untuk gerakkan semua 4 tayar segenap sudut. Maksud dia camni 7speed padleshift semi-auto 4WD. Nak tukar gear macam kereta F1 tu, pedal kanan naik pedal kiri turun gear. Untuk reverse ada 1 butang reverse kat ngan handbrake.

Prestasi (Performance) dia sangat la best nye sebab dari 0 ke 100 kmh dalam 3saat je. Korang kira 1...2...3..pup kejap je da meter naik 100. Top speed dia terpaksa dikurangkan dari 350knh ke 300kmh je sebab faktor keselamatan. Yela kan kereta camni punye radikal biasanya fragile sikit sebab rangka dia dari bahan Carbon Fibre yang kalau korang nak tau carbon fibre ni lagi ringan dan kukuh dari besi biasa. Tapi kalau patah sekali tak boleh welding balik. Kene la cari lain buat ganti.


J ni memang cantik dan ganaz sangat design dia sebab pihak Lamborghini kata nak kekalkan imej maskulinity yang dah jadi tradisi diorang lebih 50 tahun. Tu yang nampak berketak-ketak je body J ni. Kalau korang nak tau pengasas asal iaitu Ferucio Lamborghini ni mula-mula jual traktor je tau. Kebetulan pulak dia ni member Enzo Ferrari (pengasas Ferrari ni) so mintak la ilmu sikit nak buat kereta. Dari situ lahir la Automobili Lamborghini SpA yang sekarang ni terletak kat St Agata, Itali.


Walaupun cantik dan radikal si J ni, cuma ada 1 SATU je model ni dan dijual pada harga USD2.75 juta dalam RM 7juta lebih je. Ni video masa pelancaran Lamborghini Aventador J dan orang hensem yang drive tu CEO Lamborghini sekarang ni, nama dia Stephan Winkelmann.

Sunday 4 March 2012

THE SEMMINAR

3 Mac 2012..
 0800 hrs...

Di pagi yang sejuk ku gagah meredah hujan renyai-renyai dengan motor  Demak yang nak dijual ke Zenith Hotel tempat ex ku pernah kerja dulu atas sebab seminar BIOICT yang kolej tolong daftarkan.
sampai je terserempak pulak ngan ni


Ferrari F430, VW Golf GTI ngan Mitsubishi Evo IX Wagon yang rare kat Malaysia ni.

Tapi hati lebih tertarik ngan F430 ni sebab dia punye engineering memang best & antara yang terbaik Ferrari pernah buat. Harga? Sekarang korang boleh dapat ngan bajet dalam RM 800 000 ke bawah siap ngan insurans dalam RM 13 000 ngan roadtax dalam RM 4000 setahun.. kalau sekenhen bajet dalam RM 500 000 pon da buleh dapat..Murah la tu kan???


amik pix engine v8 (8 piston la) 4300 cc dia..bunyik dia peh...best x ingat ngan top speed boleh cecah 320km/h

            
                                              logo jadi idaman ramai kaki kereta neh...

ada lagi pix F430
selamba buat harta sendiri XD hehehe

Audi kat sebelah tu Dato Siti ngan laki dia punye. sempat gak amik picx diorang

tapi x best le sebab x sempat amik picx ngan dia tu..tinggi gak ek Siti ni..

hee...x pe la at least ada gak jumpe seleb sebab jarang sebenor eh dapat peluang camni..hehehehe..

pasal seminar tu join je la dengar caramah. dapat gak la sijil ngan sobernier pe benda tah..then lepas abis je seminar tu gi la lunch cam mat saleh siap ada kain kat riba lagi..rasa janggal pulak sebab x pernah makan camni siap ada orang layan lagi..dapat la rasa jadi kelas atasan kejap. hehehe seronok.

dalam kul 1ptg semua dah selesai then balik la umah sewa utk rehat...SEKIAN...

Monday 20 February 2012

THE JOURNEY TO MELAKA

18Feb 2012
ada bajet lebih so ingat nak gi la Melaka jumpe twin yang sejak dari zaman kat Teknik Jengka dulu kat sana ngan sorang lagi member yg knl ikot SMS je, x pernah pon jumpe dia padahal kenal dah 5 tahun kot slalu text je..ni la peluang jumpe in flesh and blood..lagipon dah lama x pi sana..dalam 6tahun kot...so call la si twin suruh dia jadi tourguide merangkap driver terhormat sepanjang ada kat Melaka tu.heh heh heh heh....so siap la pape yang nak bawak sok nye malam tu gak..

19 Feb 2012
bertolak dari Kuantan dalam jam 0900 padahal tiket jam 0845..hmm biasa la orang Malaysia mane2 pun timing teruk gak..

so dah dalam bas tu terus tido disebabkan malam sebelom tu x tido langsung..mmg la sedap tido tapi terganggu sebab jeans ni agak ketat. x leh nak gerak banyak sangat..heee

dah sedar dari tido tu sampai Segamat..mula la cuak..ingat salah bas ke JB ke macam mula2 dok Kuantan dulu..Tiket KL sedar dari tido sampai K.Terengganu..mau x haru weh...mujur ada
sedara kat sana..heee..nasib baik..
sampai kat terminal segamat

so da tu sambung la tido balik..sampai la Melaka jam 1400 tup2 twin plok call ada hal. jam 1500 baru dia sampai. da dia cakap camtu pi la solat jap. sambil tunggu dia dtg pi la makan dulu. baru nak start makan my twin plak datang ngan member dia.. so lunch la skali..dah siap makan semua twin bawak la kat kereta FX sewa yang tukar ekzoz Apexi yang kalau ori dalam RM 300-RM 400 1set complete. kitorang gi la mane tah my twin bawak gi shopping mall..konon nak cari kasut la..tapi tengok macam mahal je..hee

aiseh..lupa pulak ngan hadiah twin sorang neh...dah janji loo...so tanye la dia nak mende..dia mintak pendrive..haa kebetulan pulak memang nak cari pendrive ganti yang hilang dulu so beli la sekali..

masa nak pi mall mane tah dah jumpe parking dalam mall so tunggu la keta tu keluar dulu..kitorang tunggu la dia masuk barang dalam boot (bonet la) sampai berderet kereta belakang kami.. bila dah tutup boot tu ingat da siap la tapi dia gi bayar autopay la pulak..haru betol..ceh... dah parking tu mula la jalan2 kat dalam mall tu..mula-mula spot kereta TD2000 yg klasik tu...then nampak pulak Hummer H3 PINK diulangi PINK yang twin kata x sampai 100 bijik kat Malaysia ni..tah betol ke tak fakta tu..heh heh heh heh....
Hummer H3 PINK
with twin tersayang (tourguide + driver)

jambu sungguh kereta itu..hahahahahaha aku ketawa dalam hati..ahh x kisah la..asal jumpe Hummer sudah..dah-dah..back to main story..

gi la beli pendrive tu...ngan twin punye sekali..hee..dah beli ape yang nak twin bawak la gi mane tah kat tepi Selat Melaka tu..lepak layan permandangan Selat Melaka yang ada cruise ship satu..


besor gak la tengok kapal tu.. then twin ajak la gi Masjid Selat Melaka yang 1st time dapat tau.. so kitorang gi la destinasi tu..


besor gak masjid ni..cantik plak tu...hee..

dah abis bejalan kat bandar gi la Merlimau tempat twin ni tinggal gi makan kat sana sebab ada extra 2 jam sebelom naik bas..time tu gak la ajak member SMS tu jumpe kat kedai makan..kami dinner la beramai-ramai (4 orang je)..my twin ngan pakwe dia la yang ngantor balik kat terminal tu..

sebenornye dah lambat sangat naik bas..dah sampai je terminal bas tu dah keluar simpang so bagaikan halilintar ku berlari mengejar bas itu...tambah pulak ada akak ni tolong tumpangkan kereta FX dia kejor bas tu...

last-last tu sempat jugak la naik bas. naik je bas tu terus lelap..sedar-sedar dah sampai Kuantan jam 0125 + hujan yang renyai-renyai... gi kat motor Demak yang nak dijual lepas abis hutang, start dan balik la rumah sewa then tido...

tamat la kisah THE JOURNEY TO MELAKA...(-/.-)/   \(-\.-)